falling object love

Friday 9 March 2012

Kerana Dia Satu (part 2)

PAGI Ahad itu, Damia masih berkira-kira patut atau tidak dia keluar dengan Azril. Tetapi memikirkan kesungguhan Azril mengajaknya, rasa kasihan pula. Mesti Azril akan merajuk nanti, kalau merajuk dia juga yang perlu memujuk. Damia tersengih, dia memang fail bab memujuk.

        Damia membelek-belek baju di dalam almarinya. Sudah bertimbun baju di atas katil yang dipunggah dari dalam almari. Tapi satu pun belum dipilih.
          ''Ah, pakai yang biasa aje la. Bukan tak biasa jumpa pun.'' Damia mengomel sendirian.
          Akhirnya dia memilih t-shirt merah dan dipadankan dngan jeans hitam. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia turun apabila mendengar bunyi hon di luar rumah. Hmm, lagi 2 minit pukul 12. Azril memang menepati masa.

         ''Ma, i'm leaving!'' Damia melaung kepada Puan Mona yang berada di dapur.

         ''Okay, take care! Kirim salam pada Azril.'' Laung Puan Mona pula.

          ''Okay ma, I will.''

          Pantas Damia berlari ke pintu rumah. Terkejut dia melihat Azril hari ini. Lelaki itu nampak segak tanpa cermin mata di wajahnya. Selama ini lelaki itu sentiasa kelihatan seperti budak baik atau dalam bahasa kasarnya      macam budak 'nerd'. Hmm, prestasi Azril hari ni mengagumkan. Damia tergelak kecil sambil langkahnya menghampiri lelaki yang enak duduk di atas skuter.


     ----------------------------------------------------------------------------------------------------    

''AZRIL, awak beli tiket wayang pukul berapa? Saya tak boleh balik lewat la.''

       Damia memandang lelaki yang asyik menghirup lemon tea da hadapannya. Langsung dia tak paduli soalan Damia. Geram betul, rasa nak saja Damia menjerit untuk menyedarkan Azril dari lamunannya.

      ''Azril!'' Damia memanggil namun Azril masih diam sambil menunduk.

      ''Azril!!'' Kali ini Damia menaikkan volume suaranya sehingga beberapa pelanggan di kafe tersebut menoleh ke arahnya. Ha, kan dah malu..

      ''Ya, kenapa Damia?'' Akhirnya Azril mengangkat wajahnya. Terkejut Damia melihat mata Azril sangat merah.

      ''Ya Allah! What's wrong with your eyes?''

      ''What? What is wrong?'' Azril terpinga.

      ''Tu, mata awak. Merah sangat, bengkak pulak tu.''

     ''Oh, effect pakai contact lens kot.'' Selamba lelaki itu menjawab.

     ''Awak allergic dengan contact lens ke?''

     ''Tak ada apa-apa la, kejap lagi elok la ni.''

    ''You scared me tahu tak? Lain kali jangan pakai dah!''

        Azril tersengih. Sebenarnya dia rasa bahagia melihat Damia yang berkerut-kerut kerana risaukan dia. Bukan selalu dapat perhatian macam ni. Selalunya Damia bersikap tak ambil tahu saja.

       ''Jangan marah okay. I'm just trying to look cool without my glasses.''

       ''Cool? Tak cool la macam ni. Don't you ever realized that you are so cute with your glasses?''

       ''Really?'' Azril membalas dengan wajah teruja.

      ''Taklah. Just kidding!''

       Azril tarik muka masam. Damia suka melihat wajah Azril begitu. Sebab tu dia selalu mengusik sehingga merah muka lelaki itu. Sebab dia suka.. heheh.

    -----------------------------------------------------------------------------------------------    

SELEPAS habis menonton filem komedi lakonan pelakon feveret Azril iaitu Will Smith, mereka ke coffee bean. Kata Azril, tidak minum kopi dan pretzel selepas menonton wayang sama seperti mandi tidak bersabun.. Ah, dia memang pandai berkata-kata. Kata sajalah perut sudah lapar, kan senang.

       ''Ehem! Err.. Actually Damia, I got something to tell you.''

       Azril bersuara selepas beberapa ketika dia sibuk dengan hidangan di depan mata.

       ''Apa dia? Ada orang datang masuk meminang awak ke?'' Balas Damia sambil ketawa kecil.

       ''This is serious.''

       Wajah Azril yang serius menggerunkan Damia. Ape kehal la mamat ni tiba-tiba serius macam ni. Ada orang meninggal ke?

         ''Sorry.. Apa dia, cakaplah.''

        ''I'm going to German, next year. Sambung belajar kat sana.''

        Damia mengerutkan dahinya. Jadi ini satu berita baik. Tapi kenapa Azril serius begini, macam tak suka je..

        ''So?'' Jawab Damia perlahan. Tak mahu tersilap kata.

        ''Damia, awak ikut saya nak?'' Dengan seserius mungkin, Azril melafazkan kata-kata yang mengundang ketawa besar di bibir Damia. Azril mendengus geram, Damia tidak pernah mengambil serius apa yang dikatakannya. Sejak dahulu lagi.

       ''Sorry, but you are joking right?''

      ''Serius la!'' Jawab Azril dengan suara yang sedikit tinggi.

       Damia terdiam seketika. Permintaan apakah ini wahai Azril.

     ''Tak boleh..'' Perlahan saja Damia menjawab.

     ''Please... Damia, boleh la ye..'' Separuh merayu Azril pada Damia.

     ''Haih.. Awak ingat saya ni pandai macam awak ke? Result saya nanti confirm cukup makan je tahu tak? Saya tak macam awak.. Lagipun, family saya biasa-biasa je, mana mampu nak tanggung saya belajar kat oversea..''
         Lirih Damia bersuara. Permintaan Azril boleh dikatakan mustahil untuk dia tunaikan.

        ''Kita boleh usaha cari sponsor untuk awak.''

        ''Tak apalah. Lagipun saya tak sampai hati la nak tinggal mama dengan abah jauh-jauh..''

        Azril sekadar mengangguk. Kenapa dia rasa semua itu cuma satu alasan?

          ''If that is what you want, saya tak boleh buat apa-apa.. Tapi apa kata..'' Kata-kata Azril tersangkut di situ. Rasa tak sanggup untuk mendengar jawapan Damia nanti. Dia hampir pasti yang Damia akan menolak.

          ''Apa kata apa?''

          ''Apa kata kita bertunang sebelum saya ke sana?''

         Damia tergamam. Azril mahukan ikatan di antara mereka sedangkan dia sendiri belum pasti dengan perasaannya.

          ''I... I'm sorry. I'm not ready for any tied relationship.'' Damia serba salah, namun dia memang tidak bersedia.

          Wajah putih Azril mula kemerahan. Marahkah dia? Damia sudah rasa mahu menangis. Dia merenung ke mata Azril dan kemudian dia lega melihat Azril tersenyum.

          ''Tak. Saya yang patut mintak maaf. Saya tak patut paksa awak.''

         ''Saya rasa bersalah. Saya tahu awak tak mahu tinggalkan saya. Anyway, thanks a lot?''

         ''Thank me for what?''

         ''Awak buat saya sedar yang awak sayang saya. Thanks sebab sayang saya.''

         ''My pleasure..'' Kemudian Azril tersenyum menampakkan giginya yang putih.

   ---------------------------------------------------------------------------------------------------  

SEMINGGU lagi keputusan SPM akan diumumkan. Pemergian Azril ke German akan diawalkan dari tarikh  asal atas alasan ingin menguruskan segala keperluannya di sana nanti. Azril datang dari keluarga yang kaya, jadi perkara ini mungkin hanya masalah kecil bagi mereka. Damia tidak dapat menafikan, dia sedih Azril akan berada beribu batu jauh darinya. Namun dia tetap dengan pendiriannya, kalau dah jodoh takkan ke mana. Campaklah Azril ke kutub utara sekalipun, kalau lelaki itu jodohnya pasti mereka akan bersatu juga.

      Kebosanan menyebabkan Damia teringin melawat akaun Facebooknya yang sudah agak lama tidak dikunjungi. Dia mencapai komputer riba di atas meja belajarnya dan mula menekan papan kekunci. Broadband di dalam lacinya dicapai dengan sebelah tangan.

   'Eh, banyaknya..popular gak aku ni ek.' Desis hati Damia melihat  124 notification yang tertera. Namun ada satu nama yang menarik perhatian Damia. Irfan. Ya, baru dia ingat. Mamat yang duduk kat Bangi tu.. Pantas tangan Damia menulis sesuatu pada papan kekunci apabila melihat Irfan juga sedang online.

       +Hai, apa khabar?
        -Hai Ryhana, baik-baik aje.. what about you?
        
     Damia tersenyum. Irfan masih seperti dahulu, memanggilnya dengan panggilan Ryhana. Dia pun tidak tahu mengapa, tapi Irfan kata dia sukakan nama itu. Hmm, apa-apa ajelah.

         +Macam tu ajelah...
          -Macam tu? macam mana?
          +Tak ada apa-apa perubahan pun. I'm still your Ryhana. just like before.. =)
         -Glad to hear that. coz i really miss my Ryhana..
         +Hahaha! You really miss me Irfan Khalis?
         -Yeah, kenapa? tak percaya?
          +Tak adalah..
         -Oh ya, macam mana dengan exam?
          +Great!


       Damia tersenyum lagi. Irfan masih seperti dulu. Suka benar bertanya tentang pelajaran Damia. Maklumlah, lelaki itu tua 2 tahun dari Damia dan sedang menuntut di sebuah universiti di Bangi dalam bidang perubatan. Bicara lelaki itu yang sentiasa matang membuatkan Damia senang berbicara dengannya.
Mereka berbual tanpa menyedari jam sudah melewati pukul 12 tengah malam.

   -------------------------------------------------------------------------------------------------  

BERSAMBUNG..
  

  

No comments:

Post a Comment

kalau rajin, tinggalkan komen owkay! leaving a comment is free of charge.. hehe..