falling object love

Friday 9 March 2012

Kerana Dia Satu (part 1)

DAMIA RAIHANA memerhatikan gelagat kanak-kanak di hadapannya . Suasana petang di taman permainan berhampiran rumahnya ini pasti meriah dengan kehadiran kanak-kanak apabila menjelang waktu petang.
Bagi Damia, memerhati kanak-kanak merupakan salah satu terapi baginya untuk mengurangkan stress.
Peperiksaan baru sahaja berlalu, namun bahangnya masih terasa.

      Damia memandang sekilas jam di pergelangan tangannya buat kali kelima. Ah, sudah jam 5.20 petang! Kelibat Azril langsung tidak kelihatan. Walhal mereka sudah berjanji untuk bertemu pada jam lima. Jarang Azril datang lewat begini, biasanya lelaki itu akan tiba lebih awal darinya.

     Tanpa sedar, dia diperhatikan sejak 20 minit lalu. Azril tersenyum sendiri melihat Damia yang seperti cacing kepanasan. Azril tahu Damia benci menunggu. Mata Damia dilihat meliar ke segenap pelusuk taman permainan tersebut.
 'Pasti cari aku!' Getus Azril dalam hati. Melihat Damia yang kegelisahan, Azril menghampiri gadis itu.

       ''Hye, dear!'' Azril dengan selamba menyapa Damia yang nampak bengang.

       ''Where have you been, Azril?'' Jawab Damia dengan muncung sedepa.

       Azril menunjukkan dengan jari telunjuknya tempat persembunyiannya tadi sekaligus menjawab pertanyaaan Damia. Tersengih Azril melihat wajah masam kekasih hatinya itu. Damia memang comel bila merajuk!

       Damia terus mendengus marah apabila sedar dia dipermainkan.

      ''Ala.. Jangan la merajuk. Buruk tahu tak? Saya belanja awak aiskrim nak? Awak suka perisa strawberi kan?'' Laju Azril memujuk.

      ''Awak ingat saya ni budak darjah empat ke nak pujuk dengan aiskrim?''

      Sengaja Damia ingin menguji sejauh mana kesungguhan Azril untuk memujuknya. Tetapi punah harapan Damia untuk merasa dipujuk oleh Azril apabila lelaki itu pantas berpaling sambil melangkah meninggalkannya.
Rasa hendak menangis pun ada apabila rajuknya tidak dipedulikan.

      ''Azril!''

    Laju Azril berpaling.

     ''Damia nak aiskrim?'' Tanya Azril dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

         Damia mengangguk lemah. Dia kalah lagi!
    
   ------------------------------------------------------------------------------------------------

''KENAPA ni Damia? Muram je ni.. Exam kan baru je habis, shouldn't you be happy?''  Azril memecah kesunyian sambil memandang Damia yang sedang enak menikmati aiskrim strawberi.

         ''Takdelah. Saya tengah happy la ni.. Tak nampak? Kalau tak nampak...''

        '' Kalau tak nampak, apa?'' Azril menyampuk.

       '' Kalau tak nampak, dah sah awak rabun!''

       '' Laa... Baru tahu ke? Habis tu selama ni saya pakai cermin mata awak ingat sebab apa ?'' Selamba Azril menjawab.

      Terburai ketawa di mulut Damia mendengar kata-kata Azril. Kalau bab berkata-kata, dia takkan boleh menang di tangan Azril. Maklumlah, Azril pernah mewakili sekolah mereka untuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Rakan-rakan Damia ramai yang mengatakan dia seorang gadis yang bertuah kerana berjaya memiliki Muhammad Nor Azril bin Haji Nasarudin, yang menerima gelaran most wanted guy of the year. Damia sedar dia dicemburui ramai gadis. Damia tahu dia perlu berhati-hati.

        Azril memandang wajah Damia yang berkerut-kerut. Comel betul!

       ''Berangan ya?!'' Azril menyergah Damia yang sudah terkulat-kulat memandangnya.

        ''Cik Damia Raihana Mohd. Salleh, awak bermimpi tentang siapa tu? Nak kata mimpi tentang jejaka paling hot dan hensem, kan dah ada kat sebelah awak ni je..''

        ''Encik Azril, saya tengah fikir macam mana nak larikan diri dari mata awak yang nakal sangat tu. Macam nak terkeluar biji mata tengok orang!''

       Azril tersipu malu apabila rupa-rupanya Damia menyedari yang die sedang asyik memandang wajah gadis itu. Pipi Azril yang putih bertukar kemerahan akibat malu.

       ''Hmm.. Damia nak baliklah, nanti abah bising kalau lambat.''
  
        ''Let me walk you home''

        Azril yang pada mulanya hanya memerhati Damia bangun sambil mengibas-ngibas punggungnya akhirnya bersuara sambil senyum meleret.

        Damia mengangguk. Dia tahu jika dia berkata tidak, Azril tetap akan mengekori di belakangnya hingga dia selamat masuk ke dalam rumah.

      ----------------------------------------------------------------------------------------------    

''HARI Ahad ni kita pergi tengok wayang nak?'' Azril bertanya sebelum Damia masuk ke dalam rumah.

       Damia memandang muka Azril yang nampak berharap.

       ''Err... Saya..'' Jawab Damia dengan gagap.

        ''Awak takut? Takut jadi macam hari tu?''

        Perlahan Damia mengangguk. Sesungguhnya dia takut hendak dilihat berdua dengan Azril. Dia pernah diserang seorang gadis semasa sedang berbual dengan Azril di kafe. Habis bajunya basah kerana disimbah air oren oleh perempuan kurang ajar itu. Dia juga pernah diugut oleh perempuan yang sama.

       Azril memandang Damia dengan pandangan redup.

        ''Damia sayang, saya janji saya akan jaga awak. You don't have to worry okay?''

          Damia masih berkerut mendengar kata-kata pujukan Azril.

          ''Don't you trust me? Please give me a chance to protect you Damia.''

           ''Hey, don't be too emotional la.. Okay, but your treat ya!''

          ''Anything for you sayang.'' Balas Azril sambil  tersenyum lebar. Kemudian dia berlalu setelah mengucapkan selamat tinggal.
        

BERSAMBUNG,
stay tune....
      -------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

kalau rajin, tinggalkan komen owkay! leaving a comment is free of charge.. hehe..