falling object love

Wednesday 26 September 2012

ASSALAMUALAIKUM.....!!

haaaa..... semangat tak cik lola hari ni? ngeh3... rase semangat giler, at last hari ni dapat jugak mengadap skrin lappy.. hehe.. wa sudah kilija, tu pasal la.. hehe. da 6 hari aku tlg mak meniaga.. besy.. tapi penat. it's okay. demi handphone idaman yg aku akn dpt dlm mase 8 minggu!! owyeah! ^^  Dah lamo den mengidam handphone tu, mintak2 la den dapat.. hehe.. namo hanphone tu, den dah dapat baru den khobarkan..  suasana kat tempat meniaga sangat besy. jiran2 meniaga baik. ado TV bosar, ado peti ais, ado mejo.. hehe. lebih2 pulak den ni haa... byk dugaan dan cabaran meniaga ni sbnrnye.. org nmpk mcm sng, tp kenyataannye, org yg penah meniaga je tahu.. dpt customer yg irritating di pagi2 buta memang annoying, tapi kena sabar supaya tak merosakkan mood bekerja. tapi hari tu telepas jugak aku sound sorang pakcik ni.. hehe.. nasib la pakcik tu sbb  uji kesabaran aku yg lg nipis dari kulit bawang ni... hehehek.. okay la. that's it for now.. maklum la org  busy mcm teman ni byk koje.. hehe.. okay bye. tata...

Tuesday 4 September 2012

Dunia Supernatural Kami~~

Assalamualaikum...

Warghhhh..! bosannnnnyerr..... huhuhu... bosan2 camni, aku nak bercerita la. cerita ape ye... hmm.. ha! korang takot hantu tak? hehehe... korang ade tak pengalaman dgn bende2 supernatural ni? seriously, sejujurnya, aku ni penakot orangnyer.. tapi hari ni aku nak cerita pengalaman aku jadi berlagak berani.. hehe.  ni kisah aku zaman sekolah dulu. masa aku form 3.. sekolah aku ni, kalau nak tahu memang sekolah lama. dari sebelum merdeka lagi dah wujud. eh yeke? erm, i think so la, tp x pasti.. nama sekolah tu biarla rahsia (semua tahu aku skola kat mana kan...). so, nak dijadikan cerita, aku and the gang dapat tahu satu tempat yg dianggap keras kat skola kitorang tu. iaitu sebuah bilik yang dipanggil bilik jepun. jeng3.. hehe. bilik tu digelar bilik jepun sebab dlm tu byk meja jepun, untuk budak2 study. bilik tu penuh dgn buku2 rujukan & folio2 lama kakak2 senior (skola aku all girls). so bilik tu mmg sesuai utk study.. aku dgn kengkawan aku ni mmg rajin stay kat skola sampai ptg. study group la konon.. PMR da dekat mase tu.. one day, aku and the gang stay untuk study group.. tiba2 terbukak cerita pasal bilik jepun tu.. salah sorang pulak gatal mulut ckp nak tgk sejauh mana ke'keras'an bilik tu. (and tak silap aku org yg gatal mulut tu aku la. hehe.). so kitorang decide nak naik atas, study dlm bilik tu. sambil menyelam minum air, kitorang berniat nak cari 'benda' tu. gila tak? huhu.. bilik tu kat tingkat 3, kat hujung blok, betul2 kat sebelah pokok buluh yg merimbun. hehe.. saje tmbh efek seram.. tp betul, x tipu punye.. kitorang naik and sembang2 konon xde ape dlm fikiran ktorg. padahal semua cuak, smpai xleh fokus pun na study, sembang je semua.. semuanya okay je, tp dlm stgh jam pastu, sorang kwn aku ckp "korang x dgr pape ke?" pastu die ckp die nak keluar sekarang and muka dia mmg cuak semacam. kitorang pun keluar..  kat bwh, dia ckp die dgr something kat telinga die. mcm bunyi org jampi serapah. okay la, kes tu ditutup kat situ je sbb sorang je yg rasa 'sesuatu'.. lepas kes tu, dlm dua  kali gak kitorang naik bilik tu but nothing happen.. few days pastu, kitorang nak naik ke bilik tu lagi. tapi ahli kitorang kali ni x ramai. dlm 4 or 5 org, aku x ingat. semuanya okay sampai la hari tiba2 hujan lebat.. kitorang dah x berape nak cuak, sbb dah tiga pat kali masuk x jd pape pun.. tp mane tahu rupenye hari tu merupakan hari yg besejarah utk aku. hehe.. hujan turun makin lebat. sampai satu tahap, ade bunyi angin dari pintu bilik tu yg sentiasa bekunci, x penah bukak.. (kitorang masuk dr library yg blh tembus ke bilik tu). bunyi angin makin kuat, makin kuat, makin kuat! kitorang dah mule saling bepandangan, menghantar mesej dari mata yang this is not good.. hehe. bunyi angin tu tiba2 betukar jd bunyi org menjerit, and that time, aku dgn kwn aku dah berpelukan, semuanya dah seram sejuk, terpaku je dgr 'angin' menjerit. one of my friend bagi isyarat, 'kita kena keluar sekarang'. dgn lafaz bismillah, kitorang bangun and terus belari keluar. and kalau na tau, kene tempuh bilik internet baru boleh masuk library dan jumpa pintu keluar. sampai je pintu library, semua terduduk, lemah lutut doe.. hehe.. kat dlm library masa tu ade librarian dgn dua tiga org student.. dah ptg so x ramai org.. aku terduduk, longlai dpn pintu.. kwn aku tanye aku okay tak sbb muka aku dah pucat giler. and guess what librarian kat dlm libray tu ckp kat kitorang.. "dah kene ke?" suwei punye librarian, org dah pucat lg nak melawak.. sumpah aku x penah lalui ape2 yg mcm tu sblm ni. terngiang-ngiang seyh, 'angin' tu menjerit.. kitorang keluar and, kes tu kitorang tutup dgn konklusi hujan terlalu lebat sbb tu angin kuat sgt smpai tahap menjerit. tapi kitorang je yg tahu bunyi angin tu mcm mane, aku tahu beza bunyi angin dgn jeritan. dan jeritan tu mmg real... hehehe. spooky kann... dan lps tu nothing happen, lgpun kitorang jarang dah masuk bilik tu. kalau masuk pun beramai ramai.. Masa form 4, nothing happen... sbb tahun honeymoon, so xde sape nak stay smpai ptg. haha..
satu lagi cerita gempak, masa aku form 5... yg ni xde kaitan dgn bilik jepun. bende ni tejadi kat asrama sekolah.. aku bkn budak asrama pun, tapi ada kem akademik utk SPM, so kitorang kene stay 3 hari 2 mlm kat asrama.. hari pertama, xde ape2 jadi.. semua enjoy je sbb seronok 1st time dpt duduk asrama.. mase mlm kedua kitorang kat sana, aku dgn dua org kwn ambik gmbr kat dlm dorm.. mase tu kalau x silap pukul 11 or 12 mlm.. semua x tido lg mase tu.. masing2 sibuk, ade yg fly pegi dorm lain, ade yg menyembang, ade yg tgh mkn.. so x rase mcm dah tgh mlm.. lepas kitorang snap gmbr kedua, sorang kwn aku suruh bukak balik gmbr tu, dia nak tgk.. dia kata mcm pelik gmbr tu.. lepas aku bg die tgk, terus die campak phone aku atas katil kitorang tu.. die suruh kitorang tgk sndiri. mmg ade something weird.. rambut kwn aku yg kat tgh2 patutnye kontot je. lebih kurang atas bahu je.. but, dlm gmbr tu, rambut die panjang sampai ke lutot.. kitorang tros tediam and xnak tgk dah gmbr tu.. bila sesi skola start balik, kitorang tunjuk gmbr tu kat budak asrama and kat kengkawan lain.. hehe. yg menjerit pun ade bile tgk gmbr tu.. gmbr tu masih ade dlm simpanan aku. tp x boleh nak display sbb aku dgn kwn aku x bertudung dlm gmbr tu.. so, kisah gmbr tu biar kekal misteri.. persoalannya, kenapa 'benda' tu nak muncul dkt kitorang? mungkin sbb dorm kami paling kecoh, ade pegaduhan, kes curi, mcm2 lg.. maybe it was a kind of warning.. who knows.. hihihihih....
tu jela kisah pengalaman supernatural aku and the gang.. mmg agak spooky pd aku, tp sume tu pengalaman berharga yg sempat aku kutip masa besekolah.. zaman nakal2, zaman tahap curiosity tgh membuak-buak. semua benda nak try.. kpd adik2, don't try this at home nor your school okey! hehe.. akhir kata, jgn cari pasal dgn 'benda' tu dan jgn belagak berani. sbb 'benda' tu mmg wujud, di sekeliling kite.. 'diorang' pun hamba Allah.. okey, adios..
#donplayplaywith....ghost...#